Nuff-Nuff!

Saturday, August 20, 2011

A Peace Within ; Malam Lailatul Qadar


Selamat Pagi Semua!

a sweet, sincere smile to start your day is exactly the best medicine to starts your day.
and pour toi; merci beaucoup! hugs*.

Anyway, I'm gonna write down in mixed-up languages. Okie? Since 'bahasa jiwa bangsa', all's. O.0 --confused--
During the third weeks of August, sememangnya almost heaven week for me. The observation is done, and it's a National Day school level celebration, plus the anticipation and hopes of going back home. Yeay! Here the break comes again. :D

And yeah, it's 10 malam terakhir in Holy months of Ramadhan. May God bless all of us always. ameen.

Here, some beneficial sharing regarding the '10 malam terakhir- malam Lailatul Qadar' during the holy months of Ramadhan.
Just a sharing.

MALAM LAILATUL-QADAR
source: here

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:

" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah
lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang
telah lalu " Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: Maksudnya: " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena
pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."

Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh
kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn U
mar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku
mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "

Nah,as a human, that never got to escaped from sin n being a sinner, we should have known and have a fully consciousness that nothing is immortal in this temporary world and so do us. we surely will die one day, and at the moments, there we meet an eternal life ever after. Gosh, such a reflection. ^^,



Here is my Ramadhan 2011 dishes so far. Hewewe. Enjoy!;)
Sahur 1# Just bread.

Iftar 2# Beli banyak2, semua x larat mau makan. dowh.

Iftar 3# Nasi Beriyani. Tak mampu melawan NB kedai mamak- Jln Munsyi.. ;P

The Dessert# Kampung version of Macaroon. Lovely. *drool*


Iftar 4# The Spaghetti.

Hee^^, all those pics above is just for your pleasant viewers. Till then, wishing everyone a happy blessed fasting, n happy national day in advance.
Oh yeah,
Selamat Hari Raya too. hehe ^^


bisou, bisou.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...