Nuff-Nuff!

Thursday, June 24, 2010

So Yesterday

Italichello blogger!

happy thursday.
happy football-ing.
and so-so-so happy.

=)

Again, I've rarely updating my blog and biarkan ianya terdampar sepi.hehe.
Bukannya apa, since it's a quite long sem break i had, so semuanya pun jadi cuti.lala~
except dua benda ja x cuti; makan and tidoq.=D

And today, when I sign in to my blogger account, tengok da ada applications baharu.New design and templates. So, bersempena dengan sedikit kerajinan yang timbul, I take this chance to do updating and a lil changes.Kalau bukan hari ni, tak tau bila lagi.

Tonight again group D match which is Germany,my favourite team. Mau stay up,tengoklah.
Not really in fancy mood actually.=)

Plus, semester break almost over. huh. >sigh<. Owh yeah talking of coming back campus again, I can give a relieve smile since 3rd semester result da release and I did well, so far.
alhamdulillah.
:D

Btw, I think that's all for this post then.


Living her life, like tomorrow the worlds end.

Thursday, June 3, 2010

Tarian Dansa




Tarian ini amat popular dalam kalangan kaum Kokos yang tinggal di daerah Tawau dan Lahad Datu. Tarian ini merupakan suatu dasar warisan kebudayaan tua campuran kebudayaan Jawa dan Scotland yang masih kekal dalam kalangan kaum Kokos. Pada lazimnya, tarian ini ditarikan oleh beberapa pasang penari lelaki dan wanita di majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan dan menyambut orang-orang kenamaan.

Tarian Mangalang Magunatip



Tarian ini amat popular sekali dalam kalangan suku kaum Murut di beberapa daerah pedalaman Sabah iaitu daerah Tenom, Pensiangan dan Nabawan. Lazimnya, tarian ini ditarikan oleh dua orang penari lelaki dan dua orang penari wanita tetapi untuk memeriahkan satu-satu majlis, umpamanya majlis Tinahau (menghantar berian atau hantaran perkahwinan), jumlah penari perempuan boleh ditambah bersesuaian dengan keperluan pertunjukkan. Manakala, Magunatip pula diertikan sebagai "Atip" yang bermaksud sepit. Dalam tarian ini, empat batang Alu Penumbuk Padi atau Bambudigunakan dan dilagakan. Jika penari tersilap langkah, kakinya mudah tersepit. Tarian ini boleh diiringi dengan paluan alat-alat muzik seperti Gong atau Tagunggak.

Tarian Daling-Daling

Tarian yang berunsurkan kasih sayang ini bukannya tarian asal suku kaum Bajau Suluk di daerah Semporna, tetapi ianya dibawa oleh orang-orang Bajau Suluk dari Kepulauan Mindanao yang berhijrah ke Negeri Sabah. Pertumbuhan masyrakat Bajau dan Suluk di daerah Semporna telah menerima tarian ini sebagai milik mereka. Tarian ini adalah tarian hiburan untuk majlis-majlis tertentu. Pola pergerakan dalam tarian ini adalah mengikut pantun yang dilahirkan oleh si pemantun. Kini, tarian ini diangkat untuk persembahan pentas.

Tarian Limbai

Tarian ini merupakan tarian suku kaum Bajau di daerah Kota Belud. Unsur-unsur yang dipamerkan dalam tarian ini memperlihatkan tentang kerukunan hidup masyarakat Bajau sebagai kaum petani dan ahli pelayaran yang cekap. Disamping ditarikan di majlis-majlis keramaian dan untuk menyambut orang-orang kenamaan, kini tarian ini diangkat ke persembahan pentas.

Tarian Sazau Papar


Sazau Papar merupakan tarian bagi suku kaum Kadazan Dusun yang menetap di Daerah Papar. Pada peringkat awalnya, fungsi tarian ini adalah sebagai upacara "Madsuwau" iaitu bertujuan untuk pemujaan terhadap "Dapu" atau tajau yang dipercayai mempunyai semangat yang harus dipelihara, disembah atau diberikan makan supaya semangat berkenaan tidak akan mengganggu dan marah terhadap orang yang menyimpannya. Kelalaian si pemilik Dapu untuk melaksanakan upacara ini akan mengakibatkan si pemilik jatuh sakit dan hanya boleh disembuhkan dengan mengadakan upacara Madsuwau.

Tarian Sumazau



Tarian Sumazau merupakan tarian yang amat popular dalam kalangan suku kaum Kadazan Dusun yang menetap di daerah Penampang. Tarian ini sering ditarikan di majlis-majlis keramaian perkahwinan dan Pesta Kaamatan ataupun Pesta Menuai. Pergerakan tarian ini lebih mirip kepada peniruan gaya burung. Sementara, "Pangkis" atau pekikan dalam bahasa Melayu adalah merupakan suara kemenangan dan kejayaan masyarakat Kadazan Dusun. Disamping itu, pangkis juga merupakan isyarat kepada perubahan setiap gerak dalam tarian.

Tuesday, June 1, 2010

Birds in the sky

















Love begins with a smile, grows with a kiss and ends with teardrops.
No matter how far you've run, your shadow can't never let you go.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan~


Hello blogging world.~
I am back again.
Lepas berkurun lamanya x update2, now I berkesempatan jugak.
Alhamdulillah.

By the way,today is Tadau Kaamatan which is Harvest Festival in Sabah, state below the wind, u.
hehe:)
Kotobian Tadau Tagazo do Kaamatan to all.=)
Tapikan, one thing yang I kurang gemar time2 ni, ialah apabila ramai orang gemar "Mabuk" dan memabukkan diri. huhu^^
Kalau dalam bahasa omputehnya "drunk".uh..uh..
Kalau mabuk, x menyusahkan orang xpa. Tapi, kalau da sampai bekejar-kejaran and tikam menikam, uh..uh..u scared me a lot dude. really.
ngeri rasanya.

Why I'm talking this, sebab last 30th, I pegila keluar with one fren. Hendak makan, sebanrnya. Perut lapar, plus cafe pun tutup, so pegila keluar.
Suddenly, tengok semua orang dok ribut dan berwajah cemas. Macam baru ternampak UFO turub ke bumi.hehe;)
Then, sedang we syok and curios wat happen, i nampak botol arak yg pecah plus cam ada titisan berwarna merah.*darah kah?*
uh..uh..

Okay, we teruskan melangkah, then I'll stop by dekat satu parfume booth and ask
Me:" Apakah yang berlaku?"
Cik Penjual Parfume: " Ada orang bertikam.huhu^^.
Tadi dorang lari dari situ sampai pegi sini."
Me:
"Ohh...okay.Mana suda dorang?"
Cik Penjual Parfume: "x tau.Tadi dorang lari sampai blkg Servay sambil bedarah-darah."

Okay, begitulah lebih kurang ceritanya, setelah dipendekkan.Kesimpulannya, dorang ne mabuk minum2. Then, kalau dah fikiran x betul tulah mula keluar perangai macam s*t*n.huhu^^
Dah, x waras. Itulah juga hikmahnya, Allah mengharamkan arak; air syaitan itu.

By the way, I'm not here to give tazkirah or so, cause diri sendiri pun terlalu banyak perlu diperbaikkan.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...