Nuff-Nuff!

Monday, April 25, 2011

Gelap.



Kelam malam,
Gelap.
Meraba-raba si Sang Buta di sebalik kekelaman.
Takut.
Takut sekali dia rasakan.

Mencari-cari sirna cahaya,
Walau sekelumit pun.

Untuk dijadikan suluhan
Penerang arah jalan yang tak tergapai.

Sungguh!
Si Sang Buta takut akan gelap ini.
Takut terjatuh,
Jauh,
Dalam sekali.

Sang Buta
tidak sedih, waima menangis.
Cuma satu yang dia tahu,
Dia takut.
Sangat takut.

Lubang itu dalam,
Monolog hatinya.
Kalau dia jatuh,
Sudah tentu tidak ketemu lagi dia bersama dunia.


--tamat--

*tidak dapat difikirkan lagi dengan kelogikan akal apa yang harus disambung selepas itu.Sungguh saya merasakan idea terhenti disini.

-tulisanhati-akalfikir-


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...