Nuff-Nuff!

Wednesday, January 19, 2011

Oh Gigi!


Guten Tag, everyone!
[deutsch mode]

Sebelum memulakan apa2 mukadimah, ingin saya wujudkan satu persoalan di kotak fikiran anda semua. :)

--> Pernahkah anda mengidamkan senyuman yang menawan seperti Julia Roberts mahupun Anna Hathway?

--->Pernahkah anda mengharapkan mempunyai susunan gigi yang sempurna dan teratur sekali
susun letaknya?

---> & Pernahkah anda mengalami denyutan sakit gigi yang maha hebat, sehinggakan anda tidak mampu untuk berkata apa lagi?

Baiklah, kalau ya, sila klik SUKA pada post ini ya. :)hehe^^


Senyuman Menawan Ratu Cantik .
[picts: Miss Japan]
-- credit pictures to: Google Images--



Sebenarnya, sedikit cerita yang ingin saya kongsikan disini adalah berkaitan dengan gigi / teeth/ zahne /dents etc. etc. Sakit gigi ini bukanlah satu penyakit baru yang saya alami sejak dua menjak ni. Entah dimana silapnya, [ walaupun memangnya kesilapan sendiri yang asyik makan coklat/ sweets/ snacks. etc.etc] serangan secara mengejut bak 'penyakit jantung' gigi ini selalu saja hadir saat2 tidak diduga. Ouchh!. It's hurt okay.

Sudah beberapa kali rawatan akar ataupun bahasa dentistrinya 'endodontik' saya jalankan, namun apakah malangnya apabila pada masa2 tidak terduga, mau2 saja akar gigi berdenyut2 sampai ke saraf otak, and again; air mata mengalir & speechless. Tak mampu kata apa lagi dah. Sakit. :'(. Namun begitu, sebaik saja sudah menggosok gigi dengan ' COLGATE' dan berkumur dengan "LISTERINE cool mint" [ mode iklan] ;), saya pun mulalah mengambil drugs2* yang sepatutnya seperti Frotin & Ibufen.

notes* : I know taking a lot of drugs is unsafe for our health & kidney as well, but what to do, no right option in this kind of condition.

Apa-apapun, seperti kata2 hikmah yang cikgu selalu ajar di sekolah ...- Mencegah Lebih Baik dari Mengubati - di sini ingin saya nasihatkan pada anda2 semua, yang lebih baik kita jaga gigi tu baik2 , especially, masa2 kecil2 lagi. Sebab, kalau dah besar baru mau gelabah mengubati, memang payah. InsyaAllah memang, ada penawarnyalah, tapi kan lebih baik berjaga2 masa awal2 dulu. Jadi, disini ingin saya kongsikan beberapa tips menjaga gigi yang agak2 berguna untuk semua ye...:)

  • Kurangkan pengambilan makanan2 ringan (those junk foods / jajan ) especially, keropok, sweets, lollipop & yg sewaktu dengannya.
  • Gosok gigi sekurang-kurangnya 4 kali sehari. Itu pun yang paling kuranglah ye. Pertama, masa bangun pagi, then waktu tgh hari, after lunch dan yg kemudian masa mandi petang and lastly, before sleep. InsyaAllah, gigi kita akan terjaga dan terpelihara. :D
  • Rajin-rajinlah berjumpa dengan doktor gigi (dentist) anda. Sebab kita x tau, bila2 masa gigi kita tu akan meragamkan. Tup, Tup, sudah sakit, berlubang! Nah... kotoh orang Dusun bilang.
  • Kurangkan merokok. [kalau boleh, xyah langsung] & minuman2 ber'gas' -- COKE & minuman keras.
  • & last but not least, pastikan anda2 semua mengambil produk kalsium yang mencukupi. Contohnya ; produk tenusu.

Ha... beberapa tips penjagaan gigi yang saya kongsikan diatas adalah berdasarkan pendapat sendiri dan pengalaman melalui kehidupan harian. hehe. :) Tapi, x sy nafikan, memang doktor gigi pun cakap camtu kan, kan?

notakaki* -- sila klik link ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Penjagaan Gigi! dan another link.

Be good & Be safe!
xo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...