Nuff-Nuff!

Thursday, January 13, 2011

Kenapa Kita Mesti Bersyukur?



Peace upon you, everyone!:)

As-salam everyone. Bagaimana kehidupan anda hari ini? Ceria? Sesuatu yang menggembirakan membawa khabar kepada anda? ...ataupun bermasalah? hmmm... Seharusnya apa-apapun keadaan yang melanda anda, baik gembira, suka, duka mahupun kecewa, sentiasa redha dan bersyukur. ...Bersyukur. Ya, bersyukur saya maksudkan. Bukan Ber-Cukur! :)

Baiklah, perkataan bersyukur ini adalah terdiri daripada kata dasar 'syukur' yang bermaksud berterima kasih,mengucapkan syukur. (definisi Indonesia). Dalam bahasa-bahasa asing, syukur juga dikenali sebagai 'grateful/ be grateful', 'syukran' dan sewaktu dengannya. Saya pasti, apa-apa sahaja perkataan -syukur, bersyukur, kesyukuran- yang diujarkan dalam bahasa yang hanya difahami oleh penutur native-nya tetap membawa maksud yang sama; iaitu berterima kasih. Saya yakin, setiap agama di dunia ini mengajar penganutnya untuk bersyukur. Namun begitu, sejauh manakah tahap kesyukuran kita terhadap segala nikmat yang diberikan kepada kita ini secara percuma oleh Maha Pencipta? ^^.Renung-renungkanlah.

Ada ketikanya, disaat-saat kita berada dalam suatu situasi yang menegang dan merumitkan, kita serasa-rasa akan putus asa dan mulalah menyalahkan nasib diri dan sebagainya. Dan yang paling kejam lagi apabila sesetengah daripada kita antara sedar mahupun tidak menyalahkan Tuhan. Contoh ayat yang pernah saya dengar; " Kenapalah Tuhan kejam sangat sampai menghukum aku seperti ini?"

Aduh! Beginikah caranya kita bersyukur dan mentaati perintah Tuhan, setelah apa yang diberikan-Nya secara percuma. Takda sebarang 'charge' dikenakan pun. :)

# kredit imej --iluvislam.com

Ampunilah hamba-Mu yang lemah, Ya Rabbi.

Oleh yang demikian, disini saya senaraikan beberapa sebab yang saya fikirkan kenapa kita perlu bersyukur. Semuanya adalah berdasarkan pendapat dan pandangan saya sendiri ya.

  • Allah berikan kita nyawa dan jasad untuk hidup di dunia sementara ini. Kita bebas bergerak, melakukan sesuatu secara bebas tanpa menyedari tanggungjawab sebagai 'Khalifah' di dunia fana ini.
  • Allah berikan kita nikmat pancaindera,- melihat, mendengar, menyentuh, merasa secara percuma. Namun, sekali lagi kita selalu menyalahgunakan nikmat-nikmat yang diberikan itu dengan menggunakannya untuk tujuan kemaksiatan.
  • Allah berikan kita 'tiket' untuk hidup di dunia ini. Bernafas menggunakan 'oksigen' secara percuma, limpahan air untuk kelangsungan hidup kita, dan banyak lagi. Malangnya, cuma kita sahaja, para manusia yang sering menyalahgunakannya dengan pencemaran, etc.etc.
  • Allah berikan kita rezeki. Bukan sahaja makanan, bahkan anak (zuriat) sebagai penyambung keturunan kita.
  • Allah berikan kita masa (hayat) untuk memperbaiki kelemahan diri kita. Tujuannya, supaya kita dapat memperbaiki kelemahan diri sendiri, seterusnya berusaha untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan diri, sebagai bekalan di hari kemudian (hari kiamat).

Nampaknya, ada 5 sebab sahaja yang dapat saya nyatakan mengapa sebab kita perlu bersyukur. Saya yakin, sememangnya lebih banyak lagi nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita baik secara sedar mahupun tidak. Cuma kita insan yang selalu leka ini sahaja yang tidak menyedarinya.

Jangan pernah takut atau merasakan 'terlambat' untuk mengubah diri menjadi lebih baik dan terbaik; baik dimata manusia mahupun Tuhan. Sesungguhnya, Allah Maha Pengampun. InsyaAllah.

Oleh yang demikian, bukanlah tujuan saya untuk merepek-repek lebih panjang disini, namun ianya hanya sebagai peringatan untuk diri sendiri dan kalian-kalian semua di sana.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan keburukan itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Semoga 'post' saya ini membawa manfaat kepada semua.
Amin.


p/s: Sentiasa mengucapkan syukur apabila bangun dipagi hari, kerana masih diberikan nikmat kehidupan oleh Maha Pencipta.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...